Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1Negaraku
SELASA
26 SEPTEMBER 2017
12.00 tengahari
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan.
Namun, pada Khamis, 14 September 2017 yang lalu, negara kita dikejutkan dengan tragedi yang memilukan di Keramat, Kuala Lumpur apabila 20 jiwa terkorban dalam nahas kebakaran yang melanda di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur.
Al-Fatihah.
Tragedi yang memilukan hati ini telah mendapat tempat di serata negara apabila dimuat-turun dalam laman sosial oleh rakyat Malaysia dan bersedih diatas kejadian ini.
Saya bersimpati diatas kejadian yang telah menimpa dan berharap agar keluarga, saudara, dan sahabat-handai mangsa kebakaran sentiasa bersabar dalam menempuh segala kesukaran dan kepahitan di atas kehilangan ini.
Justeru, di Melaka khususnya di sekitar DUN PAYA RUMPUT, segala tindakan untuk mencegah tragedi ini dari berulang lagi telah diambil dengan segera, setara dengan Kerajaan Negeri Melaka serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Melaka juga turut bekerjasama.
Mencegah itu lebih baik daripada mengubati, pepatah Melayu pernah berkata.
Oleh itu, proses Pemantauan Pusat Tahfiz di Melaka telah menjadi inisetif terawal demi kesejahteraan bersama.
Bertempat di Pusat Tahfiz Darul Mutaqqin, Kampung Paya, saya telah hadir untuk mengikuti pemantauan ini bersama JBPM Negeri Melaka.
Penyerahan sumbangan juga diserahkan kepada Pusat Tahfiz Darul Mutaqqin, Kampung Paya.
Disini saya sertakan suasana dan gambar sewaktu berada di Pusat Tahfiz Darul Mutaqqin.
In-Sha-Allah, dengan langkah ini, kita dapat menghindarkan kejadian yang telah menimpa dan berharap agar Allah S.W.T sentiasa merahmati kita senantiasa.
Sekian, terima kasih.







