Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1PayaRumput
Salam 1Negaraku
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.
Sudah 5 tahun, sejak mulai dari tahun Mac 2013 saya telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, meniti semula memori saya bersama rakyat di sekitar DUN Paya Rumput dan seluruh Melaka, secara am-nya. Pelbagai asam garam kehidupan yang telah ditempuhi saya sebagai ADUN Paya Rumput dan sudah tentu saya sangat gembira dipilih sebagai Wakil Rakyat bagi tempat kelahiran saya sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengenali insan bernama Sazali ini.
Sememangnya, dalam wacana saya ini, saya mahu berkongsi bersama pembaca-pembaca semua akan pembangunan dan pencapaian yang telah dicapai dalam DUN Paya Rumput, khususnya. Kalau dalam bahasa orang putih, kita gelarkan "throwback" atau Bahasa Malaysia, "campak balik" akan beberapa acara/program yang menjadi memori dalam ingatan kita.
Dengan pencapaian saya di PRU-13 pada tahun 2013, saya telah berjaya mengalahkan Taha Ahmad dari PKR dengan majoriti sebanyak 1,270 undi. Saya menggantikan Datuk Tahir Hassan selaku ADUN Paya Rumput untuk penggal kali ini.
Di bawah perancangan yang strategik dan juga dilantik sebagai Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar dalam kabinet Kerajaan Negeri Melaka, saya telah berjaya membina 12 buah rumah baharu dan termasuk PPR Krubong yang baru-baru ini dirasmikan oleh Menteri KPKT,
YB TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR.
YB TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR.
"Seiring dengan kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, Sazali terus mengorak langkah membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan kepada penduduk di DUN Paya Rumput dan tidak salah jika dikatakan, khidmatnya sebagai wakil rakyat di kawasan itu telah mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh kerajaan negeri." (petikan keratan akhbar Utusan malaysia, 4 April 2018)
Sedikit fakta mengenai PPR Krubong :
- Projek PPR Krubong, Melaka ini melibatkan pembinaan sebanyak 600 unit rumah pangsapuri kos rendah berkeluasan 700 kaki persegi dengan kos projek bernilai RM101 juta. Kos pembinaan seunit rumah di PPR ini menelan belanja sebanyak RM168,333.00 seunit. PPR ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau, tadika, kedai dan gerai, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, tempat letak kereta, dan sebagainya untuk kemudahan peserta. Penyediaan PPR ini telah memberikan kemudahan perumahan kepada rakyat di kawasan Krubong khususnya dan negeri Melaka amnya.
- Untuk rekod, di Negeri Melaka, Kerajaan telah membina dan menyiapkan sebanyak 1,436 unit PPR iaitu PPR Batu Berendam (336 unit), PPR Krubong (600 unit) dan PPR Tehel (500 unit) serta sedang membina 255 unit rumah lagi di PPR Klebang. Malah Kerajaan Persekutuan telah merancang untuk membina 620 unit lagi rumah PPR dinegeri Melaka iaitu PPR Tangga Batu (120 unit) dan PPR Cheng (500 unit) dalam waktu terdekat. Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan PPR di Negeri Melaka adalah sebanyak 2,311 unit.
Alhamdulillah, banyak lagi projek-projek pembangunan yang telah dirancang untuk bakal memenuhi arena pembangunan dan bakal mengubah landskap Paya Rumput untuk terus kearah pembangunan moden selari dengan arus transformasi Negara.
Jika saya diberikan mandat oleh rakyat untuk menjadi wakil rakyat pada masa akan datang, saya berjanji akan melakukan yang terbaik dalam usaha menjaga kestabilan ekonomi dan pembangunan di Paya Rumput serta kebajikan rakyat di Paya Rumput.
MENEPATI JANJI, MEMBAWA HARAPAN.
SEKIAN, TERIMA KASIH.







































