Thursday, 17 August 2017

Pengenalan Blog DUN Paya Rumput


 Yang Berhormat
Datuk Haji Sazali bin Muhd Din
ADUN Paya Rumput, Melaka





Salam Sejahtera
Salam 1 Negaraku
Salam Melaka Maju
Negeriku Sayang
Negeri Bandar Teknologi Hijau
Melaka 756 Tahun
Melaka Maju Fasa II


Pertama-tama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita bersama-sama bernafas di muka bumi miliknya dengan sempurna akal fikiran dan anggota badan cukup lengkap tanpa cacat celanya. Bernafasnya kita di muka bumi ini milik-Nya hanya kerana keizinan-Nya dan sentiasa bersyukurlah kita untuk setiap kali diberikan peluang ini oleh-Nya, in sha Allah.

Adalah amat penting bagi kita untuk bermuhasabah diri, menganalisa, menilai kejayaan atau kelemahan pencapaian di masa lalu dan mengambil iktibar serta pengajaran daripadanya untuk kita lebih bersiap sedia bagi terus memacu ke hadapan.
Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput (N13) yang berkhidmat untuk rakyat selama satu penggal ini (2013-kini), dengan rendah hati saya ingin mengajak semua penduduk Melaka mahupun seluruh Malaysia untuk sentiasa berganding bahu dan mengembleng tenaga dalam memastikan kejayaan hari ini, hari esok dan masa hadapan akan kekal, demi negara tercinta ini. Oleh itu, adalah tanggungjawab saya di DUN Paya Rumput ini untuk memastikan segala cabaran, rintangan dan kejayaan dapat kita tempuhi bersama.

Sesungguhnya, semangat kerja berpasukan, kegigihan dan keikhlasan kita semua dalam memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan adalah kunci utama kepada kejayaan. Kita tidak boleh berhenti berusaha semata-mata kerana telah berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh. Namun, kita perlu meningkatkan daya usaha, kreativiti, inovasi, integrity dan sanggup untuk berhadapan dengan risiko jika ingin meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang.
Saya yakin dan percaya bahawa dengan segala kesungguhan dan iltizam serta komitmen semua warga penduduk DUN Paya Rumput, maka sinar kejayaan akan sentiasa menerangi persekitaran hidup kita. Perancangan yang rapi dan teliti serta disulami perlaksanaan yang berkesan serta doa diharapkan moga lebih baik dari semalam dan juga hari esok ini bagi meneruskan legasi kejayaan dan kecemerlangan yang berterusan.

In sha Allah, adalah menjadi harapan saya juga, semoga segala sumbangan dan sokongan murni anda semua dalam mengikuti nukilan blog saya ini dapat memberikan pembaca-pembaca semua informasi yang terkini dan cepat. Selain itu, dengan adanya blog ini, saya berharap agar kita sentiasa bertukar pandangan dalam usaha untuk merangkul pelbagai kejayaan di masa hadapan kelak.

In sha Allah.

Akhir kata daripada saya,

“Kuat sungguh akar kayu,
Dilentur boleh, dipatah tak dapat,
Amanah bersulamkan dengan sabar,
Pasti berjaya setiap saat”

“MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA II”
“BERKAT, TEPAT, CEPAT”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment

WACANA SANTAI YB ADUN PAYA RUMPUT

Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera Salam 1PayaRumput Salam 1Negaraku Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, bersyukur kit...