Thursday, 24 August 2017

Program Pelepasan Peserta Larian Merdeka Peringkat Tentera Darat Tahun 2017

Bismillahirrahmanirrahin
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera

Khamis 24 Ogos 2017 - 08:00 pg.





Hadir ke Program Pelepasan Peserta Larian Merdeka Peringkat Tentera Darat Tahun 2017, turut hadir YB Datuk Wira Prof. Abu Bakar Mohammad Diah (Ahli Parlimen Tangga Batu) bertempat di Padang Pavilion, Kem Terendak, Sg. Udang Melaka.

Penyampaian Sumbangan

Bismillahirrahmanirrahin
Assalamualaikum W.B.T
 
Salam Sejahtera
 
Rabu 23 Ogos 2017 - 10:30 pg.
 
 
Menyampaikan sumbangan pampers kepada En. Jailani untuk di berikan kepada Pn. Pian Binti Mehat mengalami sakit strok sebelah bahu yang sekarang ade di rumahnya di Taman Tg. Minyak Utama.
 
 

Tuesday, 22 August 2017

Penyampaian Wang Bantuan JKM

Bismillahirrahmanirrahin
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera


Selasa 22 Ogos 2017 - 10:00 pg.

Menyampaikan wang bantuan JKM kepada penerima dalam DUN Paya Rumput bertempat di JAPERUN Paya Rumput Melaka. Semoga penerima manfaatkan wang yang di terima dari JKM.










Program JPJ Bersama Masyarakat

Bismillahirrahmanirrahin
Assalamualaikum W.B.T
 
Salam Sejahtera
 
Sabtu 19 Ogos 2017 - 11:30 pg.
 
Pada sabtu yang lepas saya telah menghadirkan diri ke Jom Ke Program JPJ Bersama Masyarakat Dengan Kerjasama Parlimen Tangga Batu yang di Rasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Bakar Mohammad Diah (Ahli Parlimen Tangga Batu). Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat bersama-sama menjayakan program ini. 









Monday, 21 August 2017

Ziarah Kasih

Bismillahirrahmanirrahin
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera

18 Ogos 2017



 

Ziarah kasih 1. Pn. Pian Binti Minhat yang menghidapi penyakit kanser di rumahnya Taman Tg Minyak Utama. Turut hadir pegawai dari JKM. Semoga Allah permudahankan segala urusannya. Jumaat 18 Ogos 2017 - 03:30 ptg. Setelah selesai ziarah yang pertama saya meneruskan lagi perjalannya saya ke rumah yang seterusnya.


 


Ziarah kasih 2. Melawat dan memberi bantuan kepada Pn. Rita Rizah Binti Ismail yang mangalami penyakit Angin Ahmal di rumahnya Taman Tg. Minyak Utama. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Jumaat 18 Ogos 2017 - 04:15 ptg.

Setiap muslim itu bersaudara maka eratkanlah akan ikatan silaturrahim. Janganlah kita berpecah belah antara satu sama lain. Seperti mana hadis Rasulullah: 
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam”. (HR. Muslim).

Sunday, 20 August 2017

Majlis Pelancaran dan Penyampaian Jalur Gemilang

Bismillahirrahmanirrahin
Assalamualaikum W.B.T
 
Salam Sejahtera

Hari ini telah pun selesai Majlis Pelancaran dan Penyampaian Jalur Gemilang dari BTN kepada cawangan UMNO Cheng. Encik Maliki telah hadir bagi mewakili diri saya pada majlis tersebut.Semoga sambutan Kemerdekaan yang ke-60 ini akan memberi seribu satu makna pada diri kita. Mudah-mudahan sukan sea pada kali ini juga akan mengharumkan nama Malaysia seiring dengan Kemerdakaan yang ke-60 ini.






Saturday, 19 August 2017

SAMBUTAN KEMERDEKAAN : LEBIH 800 JALUR GEMILANG DIAGIHKAN MPHTJ MELAKA

Sabtu, 19 Ogos 2017

Bismillahirrahmanirrahin
Assalamualaikum W.B.T

Salam Sejahtera

Kemerdekaan? Apa itu merdeka?
Erti merdeka itu jika kita rujuk semula kamus Dewan Bahasa dan Pustaka beerti; /merdéka/ bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri.

Hakikatnya, adakah benar kita sudah merdeka?

Kembali semula kepada sejarah di negara kita.

Sinonimnya, jika kita kaitkan negara tercinta ini dengan sejarah, sudah tentu pembaca-pembaca sekalian terkenang kembali pembelajaran sejarah ketika di bangku sekolah. Boleh dikira sebagai matapelajaran yang agak “boring” dan ketinggalan zaman dan paling penting sekali, matapelajaran khas untuk tidur.

Sudah pasti kedatangan Portugis, Belanda, British dan Jepun ke Tanah Melayu ini meninggalkan impak dan kesan yang mendalam kepada geografi dan masyarakat. 

Segagah-gagah Kesultanan Melayu Melaka yang pernah menjadi empayar yang digeruni di perairan Selat Melaka dan seluruh Asia Tenggara, nama empayar ini dicanang hampir di setiap pelusuk dunia dijajah jua pada 1511.

Apakah kita benar-benar faham erti merdeka dalam diri kita?
Apa yang saya cuba kongsikan disini ialah bagaimana pemikiran kita, cara kita menafsirkan perkataan MERDEKA ini?

Persoalan ini saya tinggalakan untuk pembaca-pembaca semua berfikir dalam pemahaman sendiri.
Pada 19 Ogos 2017, kenyataan akhbar Melaka Hari Ini, (http://www.mhi.com.my/) Kerajaan Negeri Melaka tidak akan memaksa pemilik premis di Melaka mengibarkan Jalur Gemilang, sebaliknya pemasangan bendera Malaysia tersebut haruslah dipasang dengan rela hati sebagai tanda cintakan negara ini.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia khususnya di Melaka, seharusnya menerapkan semangat cintakan tanah air dalam diri masing-masing, bukan lagi masanya untuk kita tunjuk-menunjuk siapa yang paling hebat dan gah dalam membuat bendera dan sebagainya, tetapi dengan semangat patriotisme yang sentiasa berkobar-kobar dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Disini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA KEPADA MALAYSIA DALAM SUKAN SEA 2017 DI KUALA LUMPUR! AYUH BANGKIT BERSAMA!

Video Berita RTM Nasional jam 8 malam di pautan https://www.youtube.com/watch?v=-4C8yUKOYCY


Melaka Maju Negeriku Sayang, Melaka Bandar Teknologi Hijau

x

Thursday, 17 August 2017

Pengenalan Blog DUN Paya Rumput


 Yang Berhormat
Datuk Haji Sazali bin Muhd Din
ADUN Paya Rumput, Melaka





Salam Sejahtera
Salam 1 Negaraku
Salam Melaka Maju
Negeriku Sayang
Negeri Bandar Teknologi Hijau
Melaka 756 Tahun
Melaka Maju Fasa II


Pertama-tama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita bersama-sama bernafas di muka bumi miliknya dengan sempurna akal fikiran dan anggota badan cukup lengkap tanpa cacat celanya. Bernafasnya kita di muka bumi ini milik-Nya hanya kerana keizinan-Nya dan sentiasa bersyukurlah kita untuk setiap kali diberikan peluang ini oleh-Nya, in sha Allah.

Adalah amat penting bagi kita untuk bermuhasabah diri, menganalisa, menilai kejayaan atau kelemahan pencapaian di masa lalu dan mengambil iktibar serta pengajaran daripadanya untuk kita lebih bersiap sedia bagi terus memacu ke hadapan.
Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput (N13) yang berkhidmat untuk rakyat selama satu penggal ini (2013-kini), dengan rendah hati saya ingin mengajak semua penduduk Melaka mahupun seluruh Malaysia untuk sentiasa berganding bahu dan mengembleng tenaga dalam memastikan kejayaan hari ini, hari esok dan masa hadapan akan kekal, demi negara tercinta ini. Oleh itu, adalah tanggungjawab saya di DUN Paya Rumput ini untuk memastikan segala cabaran, rintangan dan kejayaan dapat kita tempuhi bersama.

Sesungguhnya, semangat kerja berpasukan, kegigihan dan keikhlasan kita semua dalam memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan adalah kunci utama kepada kejayaan. Kita tidak boleh berhenti berusaha semata-mata kerana telah berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh. Namun, kita perlu meningkatkan daya usaha, kreativiti, inovasi, integrity dan sanggup untuk berhadapan dengan risiko jika ingin meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang.
Saya yakin dan percaya bahawa dengan segala kesungguhan dan iltizam serta komitmen semua warga penduduk DUN Paya Rumput, maka sinar kejayaan akan sentiasa menerangi persekitaran hidup kita. Perancangan yang rapi dan teliti serta disulami perlaksanaan yang berkesan serta doa diharapkan moga lebih baik dari semalam dan juga hari esok ini bagi meneruskan legasi kejayaan dan kecemerlangan yang berterusan.

In sha Allah, adalah menjadi harapan saya juga, semoga segala sumbangan dan sokongan murni anda semua dalam mengikuti nukilan blog saya ini dapat memberikan pembaca-pembaca semua informasi yang terkini dan cepat. Selain itu, dengan adanya blog ini, saya berharap agar kita sentiasa bertukar pandangan dalam usaha untuk merangkul pelbagai kejayaan di masa hadapan kelak.

In sha Allah.

Akhir kata daripada saya,

“Kuat sungguh akar kayu,
Dilentur boleh, dipatah tak dapat,
Amanah bersulamkan dengan sabar,
Pasti berjaya setiap saat”

“MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA II”
“BERKAT, TEPAT, CEPAT”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Sekian, Wassalam.

WACANA SANTAI YB ADUN PAYA RUMPUT

Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera Salam 1PayaRumput Salam 1Negaraku Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, bersyukur kit...