Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1PayaRumput
Salam 1Negaraku
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.
Seperti biasa, perjalanan saya ke pejabat pada pukul 8.00 pagi dan sudah semestinya saya akan singgah dimana-mana kedai makan atau warung untuk sarapan pagi. Selalunya, saya akan ke warung di sekitar Paya Rumput untuk menikmati sarapan pagi kerana sudah menjadi satu kemestian bagi saya untuk bersarapan.
Kepada pembaca-pembaca sekalian, jangan lupa untuk makan sarapan pagi anda kerana ianya adalah satu keutamaan untuk badan kita yang memerlukan tenaga di pagi hari bagi menjalankan tugas seharian. Walau sesibuk mana kita sekalipun, sarapan pagi jangan ditinggalkan.
Jadi, selepas meronda-ronda bersama isteri saya untuk memilih warung atau kedai makan bagi menikmati sarapan pagi, saya telah memilih kedai makan Gerai Pusaka Pujangga di Kg. Lanjut Manis, Melaka.
Kepada pembaca-pembaca blog saya, jangan lupa untuk singgah di Gerai Pusaka Pujangga di Kg Lanjut Manis ini kerana juadah yang disediakan sentiasa enak dan harganya berpatutan. Memang terbaik!
Sekian, terima kasih.


















