Thursday, 22 February 2018

ZIARAH KASIH, SUMBANGAN JKM BERSAMA DUN PAYA RUMPUT

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1PayaRumput
Salam 1Negaraku

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.
 
Saling bantu-membantu itu adalah amalan yang mulia. Selagi termampu kudrat dan keringat saya sepanjang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, selagi itu akan saya terus berbakti kepada semua rakyat khususnya di kawasan DUN Paya Rumput.Sejak dari kecil lagi, saya merupakan anak jati yang berasal dari Kg Ladang, saya sememangnya sangat menyayangi dan menyantuni mereka yang lebih tua dari saya. Justeru, menjadi tanggungjawaba saya untuk terus berbakti dan mengekalkan perpaduan dan kesepakatan dalam DUN Paya Rumput yang tercinta ini.

Pada 21 Feb 2018, Rabu jam 1.00 petang, saya bersama pegawai-pegawai dari JKM, Ketua Wanita dan Puteri Kg. Krubong dan Staf JAPERUN ziarah kasih, menyampaikan sumbangan kepada En. Yaakob (62 Tahun) yang menghidap kencing manis di rumahnya Kg. Krubong, Melaka.

Disini saya kongsikan beberapa kepingan gambar sewaktu melawat En Yaakob dirumah beliau.
 






Seterusnya, saya bersama pegawai dari JKM, ziarah dan menyampaikan bantuan kepada En. Akbar Ali Khan (66 Tahun) yang mengidap kencing manis di rumahnya Kg. Krubong, Melaka pada jam 03:00 petang.
 



Akhir sekali, saya bersama Datuk Gunasegaran (Pengerusi MIC Tangga Batu) dan Staf JAPERUN melihat dan memberi bantuan kepada saudara kita yang ditimpa kecelakaan, En Vijayan A/L Rajugopal yang kebakaran bilik rumahnya di Taman Seri Krubong, Melaka pada jam 4.00 petang.




Mari kita sama-sama doakan akan kesejahteraan dan keharmonian dalam kawasan DUN Paya Rumput yang kita cintai ini. In Sha Allah.

Sekian, terima kasih. 

#menepatijanjimembawaharapan
#bersamaBNrakyatTERBELA



LAWATAN TAPAK GERAI MBMB

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1PayaRumput
Salam 1Negaraku

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.
Sememangnya kalau kita lihat akan kepesatan pembangunan di DUN Paya Rumput sepanjang 5 tahun ini, banyak gerai MBMB telah dibangunkan bertujuan untuk membantu peniaga-peniaga dalam menjalankan perniagaan dengan kawasan yang bersih, teratur dan damai. Sebagai contoh, baru-baru ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron telah merasmikan gerai MBMB yang siap dibina dan telah beroperasi di Kg Ladang.

Ini adalah antara usaha-usaha kita demi menjaga dan membangunkan peniaga-peniaga di DUN Paya Rumput dan juga kita bersama-sama dapat menikmati keselesaan yang telah kita peroleh sepanjang 5 tahun ini, In Shaa Allah.








 Pada 21 Februari 2018, bersamaan hari Rabu, jam 5 petang, saya bersama Ybhg Datuk Zainal Hussin (Datuk Bandar MBMB), Pegawai-pegawai MBMB dan Wakil-wakil dari JKK Kg Tanah Merah dan Kg Lanjut Manis melawat kawasan yang di cadangkan untuk membina beberapa gerai MBMB. Tujuan cadangan untuk membina gerai ini disepakati oleh pihak-pihak berkenaan untuk memberi kemudahan kepada rakyat, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput.

Terima kasih kepada semua yang hadir saya ucapkan. In shaa Allah semoga Allah permudahkan semua yang kita rancangkan.

Sekian, terima kasih.


#menepatijanjimembawaharapan
#bersamaBNrakyatTERBELA

Wednesday, 14 February 2018

DUN PAYARUMPUT, RAKAN SEMUA

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1PayaRumput
Salam 1Negaraku

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.

Hari ini, saya nak kongsikan kepada semua pembaca blog saya akan satu video yang telah tular di ruangan profil Facebook saya berkenaan dengan cara saya berkhidmat kepada masyarakat, khususnya di DUN Paya Rumput.

Dalam bulan Februari ini, sudah semestinya kita tahu, masyarakat Cina di Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina yang sudah semestinya menjadi perayaan tahunan buat suma rakyat Malaysia. Setiap kali perayaan Tahun Baru Cina tiba, kita sudah pasti akan mendapat sekotak limau, tidak dapat sekotak, pasti akan dapat limau walaupun satu biji, dan juga sudah pasti kita akan melihat tarian naga di mana-mana yang akan diperlihatkan khususnya di kawasan Paya Rumput.

Selain itu juga, pada hari Sabtu, 10 Februari 2018, jam 8.30mlm, saya sempat menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2018 di Dewan Tokong Kg.Baru Bertam Ulu, turut hadir YB Datuk Lim Ban Hong (Pengerusi MCA Negeri Melaka).
Tahniah kepada Cikgu Tai Foo So kerana menganjurkan majlis ini dan terima kasih kepada semua yang hadir. 






Beberapa keping keratan akhbar yang memaparkan tentang sambutan Tahun baru Cina di peringkat DUN Paya Rumput.

 
Disini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua masyarakat cina di Malaysia dan khususnya di kawasan Paya Rumput. Gong Xi Fa Cai!

Sekian sahaja coretan saya pada kali ini. Disini saya sertakan video yang saya janjikan untuk tatapan semua. Selamat menonton!



Sekian, terima kasih.

#menepatijanjimembawaharapan
#bersamaBNrakyatTERBELA

Tuesday, 6 February 2018

DUN PAYA RUMPUT, DUNKU SAYANG

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1PayaRumput
Salam 1Negaraku

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.

Kali ini dalam penulisan blog ini, saya terdetik untuk memberi tonton satu video kepada semua pembaca-pembaca blog saya. 

Video ini berkisarkan tentang Sebuah Misi, Demi Masyarakat, khususnya buat tatapan rakyat di DUN Paya Rumput. Sepanjang khidmat saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Paya Rumput ini, saya sentiasa berpeluang untuk bersama-sama duduk dan berbual serta mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat tanpa mengira agama, kaum, mahupun bahasa, ini kerana kita adalah 1 Malaysia.

Saya sentiasa juga berpegang teguh kepada ajaran Islam yang dimana telah dinyatakan di dalam Al-Quran, surah Al-Hujurart, ayat 13,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Oleh itu, saya menyeru juga kepada semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu teguh dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam negara yang kita kasihi ini, khususnya di kawasabn DUN Paya Rumput, DUNKu Sayang.

Mudah-mudahan, kita sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Yang Maha Kuasa, In Shaa Allah.

Sekian, terima kasih.

Monday, 5 February 2018

PROGRAM LAWATAN KERJA YAB KETUA MENTERI MELAKA KE DUN PAYA RUMPUT


Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1PayaRumput
Salam 1Negaraku

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.

Pada 27 Januari 2018 yang lalu, Y.A.B Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron, telah mengadakan lawatan kerja di kawasan sekitar DUN Paya Rumput. Antara tempat yang dikunjungi beliau adalah Dewan MBMB Taman Paya Rumput Perdana, Medan Selera MBMB Kg Ladang, dan seterusnya merasmikan Masjid Al-Rahman, Kg Tanah Merah.

Alhamdulillah, sepanjang saya menjadi Yang Berhormat bagi kawasan DUN Paya Rumput ini, dari 2013 sehingga kini, telah banyak perubahan dan pembangunan telah saya lakukan bagi memenuhi keperluan dan kehendak penduduk-penduduk di kawasan DUN Paya Rumput, DUNKu Sayang.

Disini saya sertakan beberapa gambar detik-detik bersejarah ini untuk tontonan pembaca-pembaca semua di Dewan MBMB Taman Paya Rumput Perdana.





Seterusnya, lawatan kerja Ketua Menteri Melaka ke DUN Paya Rumput diteruskan lagi ke Kg Ladang bagi meneruskan Majlis Penyerahan Kunci Medan Selera MBMB Kg Ladang dan juga diserikan lagi dengan konvoi motor Pemuda Barisan Nasional dari Kg Ladang ke Masjid Al-Rahman, Kg Tanah Merah.




Akhir sekali, kemuncak program Lawatan Kerja Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron ke DUN Paya Rumput diteruskan dengan Majlis Penyerahan Masjid Al-Rahman Kampung Tanah Merah oleh Ketua Menteri Melaka. Masjid Al-Rahman Kampung Tanah Merah ini dibina pada 26 Februari 2016 dan akhirnya telah siap sepenuhnya pada Julai 2017 dengan kos pembinaan sebanyak RM 4.1juta. Masjid Lama Kampung Tanah Merah telah dijadikan pusat pembelajaran tahfiz dan juga sebagai pusat percambahan ilmu, yang mana satu ketika dahulu di  zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka satu ketika dahulu. Disini juga saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan semua pembaca blog saya.






Dapatkan juga Melaka Hari Ini edisi 5 Februari 2018 untuk info terkini mengenai Lawatan Kerja Ketua Menteri Melaka ke DUN Paya Rumput!









WACANA SANTAI YB ADUN PAYA RUMPUT

Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera Salam 1PayaRumput Salam 1Negaraku Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, bersyukur kit...