Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1PayaRumput
Salam 1Negaraku
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat/sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al-Baqarah 2:3)
Dari petikan Surah Al-Baqarah ini, tuntutan sembahyang telah pun disyari'atkan kepada seluruh umat islam di atas muka bumi ini, melalui perantaraan malaikat Jibrail dan di wahyukan kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada seluruhnya.
Alhamdulillah diatas rezeki yang telah Allah SWT curahkan kepada kita semua, sebuah lagi masjid yang tersergam indah, iaitu Masjid Baru Kg. Tanah Merah telah siap dibina.
Masih terngiang-ngiang di kepala saya tentang sejarah sirah Rasulullah SAW apabila kesepaduan, kesepakatan dan tolak-ansur diantara kaum Ansar dan Muhajirin dalam mendirikan masjid pertama ummat Islam, iaitu Masjid Quba'.
Sejarah sirah baginda ini sentiasa memberi kekuatan kepada saya untuk terus berbakti kepada masyarakat terutamanya di kawasan DUN Paya Rumput dalam memperkukuhkan semangat perpaduan serta tolak-ansur untuk terus harmoni buat keamanan kita bersama.


Berlangsung juga pada hari penuh bermakna ini, majlis penyerahan daripada Pengarah JKR kepada Pengarah JAIM serta Jawatankuasa Masjid Tanah Merah.
In Shaa Allah Masjid boleh diguna pakai berkuatkuasa awal Februari 2018.
Semoga sempena pembukaan Masjid Baru Kg. Tanah Merah ini dapat memberi keberkatan dan kedamaian kepada kita semua. Amin ya rabbal alamin.
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment