Thursday, 5 April 2018

KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN, BANTUAN AGIHAN CERMIN MATA

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1PayaRumput
Salam 1Negaraku

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.
 
Disini, saya ingin kongsi bersama pembaca semua tentang keratan-keratan akhbar yang memaparkan berita-berita tentang pembangunan mahupun dari ekonomi dan sosial, khususnya di Paya Rumput.
 
Pada 1 April 2018 lepas, saya bersama YAB Datuk Seri Utama Ir. Ts. Hj Idris Bin Hj. Haron (Ketua Menteri Melaka) hadir ke Program Pemberian Cermin Mata Percuma Kepada Pengundi Parlimen Tangga Batu Yang Berumur 40 Tahun Keatas Anjuran Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu Bertempat Di Dewan PPR Krubong, Melaka. Semoga Pemberian Cermin Mata Ini Akan Dapat Memberi Manfaat Dan Kebaikan Kepada Semua Penduduk Dalam Parlimen Tangga Batu. Ini adalah salah satu perkara yang menjadi keutamaan bagi saya selaku wakil rakyat di kawasan DUN Paya Rumput untuk memberi bantuan ini kepada mereka yang memerlukan. Saya berharap agar dengan pemberian ini dapat membantu sedikit sebanyak pendudu-penduduk di Paya Rumput yang disayangi.
 
Petikan akhbar MHI (2 April 2018)

Selain itu, ini adalah keratan akhbar Edisi Utusan Malaysia Hari Ini pada hari Rabu, 4 April 2018. Dalam keratan akhbar ini, banyak perkara mengenai pembangunan dipaparkan bahawasanya di bawah kerajaan Barisan Nasional, pelbagai kemakmuran dan keharmonian telah kita kecapi. Saya berharap agar semua penduduk-penduduk di DUN Paya Rumput dapat menikmati segala nikmat yang telah dikurniakan dari ALLAH S.W.T untuk kita terus bersyukur dan mengagungi-Nya.
Petikan akhbar Utusan Malaysia (4 April 2018)
Oleh itu, jika saya diberi mandat pada PRU-14 nanti, dengan kudrat yang diberikan oleh-Nya,akan saya lakukan dan sempurnakan segala keperluan dan pembangunan selaras dengan objektif Kerajaan Barisan Nasional sedia ada.Demi rakyat, saya sentiasa bersedia.

Ini sahaja coretan saya pada minggu ini. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

WACANA SANTAI YB ADUN PAYA RUMPUT

Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera Salam 1PayaRumput Salam 1Negaraku Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, bersyukur kit...