Saturday, 19 August 2017

SAMBUTAN KEMERDEKAAN : LEBIH 800 JALUR GEMILANG DIAGIHKAN MPHTJ MELAKA

Sabtu, 19 Ogos 2017

Bismillahirrahmanirrahin
Assalamualaikum W.B.T

Salam Sejahtera

Kemerdekaan? Apa itu merdeka?
Erti merdeka itu jika kita rujuk semula kamus Dewan Bahasa dan Pustaka beerti; /merdéka/ bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri.

Hakikatnya, adakah benar kita sudah merdeka?

Kembali semula kepada sejarah di negara kita.

Sinonimnya, jika kita kaitkan negara tercinta ini dengan sejarah, sudah tentu pembaca-pembaca sekalian terkenang kembali pembelajaran sejarah ketika di bangku sekolah. Boleh dikira sebagai matapelajaran yang agak “boring” dan ketinggalan zaman dan paling penting sekali, matapelajaran khas untuk tidur.

Sudah pasti kedatangan Portugis, Belanda, British dan Jepun ke Tanah Melayu ini meninggalkan impak dan kesan yang mendalam kepada geografi dan masyarakat. 

Segagah-gagah Kesultanan Melayu Melaka yang pernah menjadi empayar yang digeruni di perairan Selat Melaka dan seluruh Asia Tenggara, nama empayar ini dicanang hampir di setiap pelusuk dunia dijajah jua pada 1511.

Apakah kita benar-benar faham erti merdeka dalam diri kita?
Apa yang saya cuba kongsikan disini ialah bagaimana pemikiran kita, cara kita menafsirkan perkataan MERDEKA ini?

Persoalan ini saya tinggalakan untuk pembaca-pembaca semua berfikir dalam pemahaman sendiri.
Pada 19 Ogos 2017, kenyataan akhbar Melaka Hari Ini, (http://www.mhi.com.my/) Kerajaan Negeri Melaka tidak akan memaksa pemilik premis di Melaka mengibarkan Jalur Gemilang, sebaliknya pemasangan bendera Malaysia tersebut haruslah dipasang dengan rela hati sebagai tanda cintakan negara ini.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia khususnya di Melaka, seharusnya menerapkan semangat cintakan tanah air dalam diri masing-masing, bukan lagi masanya untuk kita tunjuk-menunjuk siapa yang paling hebat dan gah dalam membuat bendera dan sebagainya, tetapi dengan semangat patriotisme yang sentiasa berkobar-kobar dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Disini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA KEPADA MALAYSIA DALAM SUKAN SEA 2017 DI KUALA LUMPUR! AYUH BANGKIT BERSAMA!

Video Berita RTM Nasional jam 8 malam di pautan https://www.youtube.com/watch?v=-4C8yUKOYCY


Melaka Maju Negeriku Sayang, Melaka Bandar Teknologi Hijau

x

No comments:

Post a Comment

WACANA SANTAI YB ADUN PAYA RUMPUT

Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera Salam 1PayaRumput Salam 1Negaraku Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, bersyukur kit...