Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1PayaRumput
Salam 1Negaraku
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.
Pada 27 Januari 2018 yang lalu, Y.A.B Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron, telah mengadakan lawatan kerja di kawasan sekitar DUN Paya Rumput. Antara tempat yang dikunjungi beliau adalah Dewan MBMB Taman Paya Rumput Perdana, Medan Selera MBMB Kg Ladang, dan seterusnya merasmikan Masjid Al-Rahman, Kg Tanah Merah.
Alhamdulillah, sepanjang saya menjadi Yang Berhormat bagi kawasan DUN Paya Rumput ini, dari 2013 sehingga kini, telah banyak perubahan dan pembangunan telah saya lakukan bagi memenuhi keperluan dan kehendak penduduk-penduduk di kawasan DUN Paya Rumput, DUNKu Sayang.
Disini saya sertakan beberapa gambar detik-detik bersejarah ini untuk tontonan pembaca-pembaca semua di Dewan MBMB Taman Paya Rumput Perdana.
Seterusnya, lawatan kerja Ketua Menteri Melaka ke DUN Paya Rumput diteruskan lagi ke Kg Ladang bagi meneruskan Majlis Penyerahan Kunci Medan Selera MBMB Kg Ladang dan juga diserikan lagi dengan konvoi motor Pemuda Barisan Nasional dari Kg Ladang ke Masjid Al-Rahman, Kg Tanah Merah.
Akhir sekali, kemuncak program Lawatan Kerja Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron ke DUN Paya Rumput diteruskan dengan Majlis Penyerahan Masjid Al-Rahman Kampung Tanah Merah oleh Ketua Menteri Melaka. Masjid Al-Rahman Kampung Tanah Merah ini dibina pada 26 Februari 2016 dan akhirnya telah siap sepenuhnya pada Julai 2017 dengan kos pembinaan sebanyak RM 4.1juta. Masjid Lama Kampung Tanah Merah telah dijadikan pusat pembelajaran tahfiz dan juga sebagai pusat percambahan ilmu, yang mana satu ketika dahulu di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka satu ketika dahulu. Disini juga saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan semua pembaca blog saya.

Dapatkan juga Melaka Hari Ini edisi 5 Februari 2018 untuk info terkini mengenai Lawatan Kerja Ketua Menteri Melaka ke DUN Paya Rumput!











No comments:
Post a Comment