Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1PayaRumput
Salam 1Negaraku
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.
Hari ini, saya nak kongsikan kepada semua pembaca blog saya akan satu video yang telah tular di ruangan profil Facebook saya berkenaan dengan cara saya berkhidmat kepada masyarakat, khususnya di DUN Paya Rumput.
Dalam bulan Februari ini, sudah semestinya kita tahu, masyarakat Cina di Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina yang sudah semestinya menjadi perayaan tahunan buat suma rakyat Malaysia. Setiap kali perayaan Tahun Baru Cina tiba, kita sudah pasti akan mendapat sekotak limau, tidak dapat sekotak, pasti akan dapat limau walaupun satu biji, dan juga sudah pasti kita akan melihat tarian naga di mana-mana yang akan diperlihatkan khususnya di kawasan Paya Rumput.
Selain itu juga, pada hari Sabtu, 10 Februari 2018, jam 8.30mlm, saya sempat menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2018 di Dewan Tokong Kg.Baru Bertam Ulu, turut hadir YB Datuk Lim Ban Hong (Pengerusi MCA Negeri Melaka).
Tahniah kepada Cikgu Tai Foo So kerana menganjurkan majlis ini dan terima kasih kepada semua yang hadir.
Beberapa keping keratan akhbar yang memaparkan tentang sambutan Tahun baru Cina di peringkat DUN Paya Rumput.
Disini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua masyarakat cina di Malaysia dan khususnya di kawasan Paya Rumput. Gong Xi Fa Cai!
Sekian sahaja coretan saya pada kali ini. Disini saya sertakan video yang saya janjikan untuk tatapan semua. Selamat menonton!
Sekian, terima kasih.
#menepatijanjimembawaharapan
#bersamaBNrakyatTERBELA





No comments:
Post a Comment