Tuesday, 6 February 2018

DUN PAYA RUMPUT, DUNKU SAYANG

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera
Salam 1PayaRumput
Salam 1Negaraku

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya,
dapat kita menghembuskan nafas di atas muka bumi ini dengan harmoni dan keamanan, khususnya di kawasan DUN Paya Rumput yang sentiasa saya kasihi.

Kali ini dalam penulisan blog ini, saya terdetik untuk memberi tonton satu video kepada semua pembaca-pembaca blog saya. 

Video ini berkisarkan tentang Sebuah Misi, Demi Masyarakat, khususnya buat tatapan rakyat di DUN Paya Rumput. Sepanjang khidmat saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Paya Rumput ini, saya sentiasa berpeluang untuk bersama-sama duduk dan berbual serta mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat tanpa mengira agama, kaum, mahupun bahasa, ini kerana kita adalah 1 Malaysia.

Saya sentiasa juga berpegang teguh kepada ajaran Islam yang dimana telah dinyatakan di dalam Al-Quran, surah Al-Hujurart, ayat 13,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Oleh itu, saya menyeru juga kepada semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu teguh dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam negara yang kita kasihi ini, khususnya di kawasabn DUN Paya Rumput, DUNKu Sayang.

Mudah-mudahan, kita sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Yang Maha Kuasa, In Shaa Allah.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

  1. Harrah's Las Vegas - Mapyro
    Las 파주 출장샵 Vegas, NV. MapYRO is 하남 출장샵 a directory of hotels and motels located in Harrah's Las Vegas, NV. MapYRO provides 김천 출장마사지 information 문경 출장마사지 on the following hotels 강릉 출장마사지

    ReplyDelete

WACANA SANTAI YB ADUN PAYA RUMPUT

Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera Salam 1PayaRumput Salam 1Negaraku Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, bersyukur kit...